Kebaikan Minum Kopi

Monday, November 14, 2016

Adakah korang pengemar tegar kopi? Haaa.. Jom klik sini untuk baca tentang 3 kebaikan minum kopi. Iaitu;

Mencegah Penyakit

Dalam kajian yang dijalankan di Univeristi Harvard pula, penyelidik mendapati meminum kopi 1 - 3 cawan sehari boleh memberi faedah kepada kesihatan anda secara dramatik. Sebagai contoh, pengambilan kopi boleh mengurangkan risiko diabetes (kencing manis).

Bersenam

Sebelum anda bersenam di gim atau di rumah, lebih baik anda mulakan nya dengan meminum secawan kopi. Ianya kerana, badan akan mengeluarkan hormon endorfin selepas minum kopi. Endorfin dapat meningkatkan lagi prestasi anda serta dapat bersenam dengan lebih baik lagi. Kafein juga dapat meningkatkan tenaga.


Mencegah stroke

Kajian yang dijalankan di Jabatan Perubatan Keluarga di Seoul, Korea mendapati penurunan risiko terkena stroke adalah sebanyak 25% bagi peminum kopi sekurang-kurangnya 1 cawan sehari. Manakala kajian di Finland pula mendapati penurunan sebanyak 12% untuk risiko stroke jika individu mengamalkan minum kopi 4 cawan sehari.

No comments:

Post a Comment